Berita Harian: SMAP Labu sambut ulang tahun ke-10 (BM)

PELBAGAI acara menarik diadakan sempena sambutan Perayaan 10 tahun Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP), Labu, Negeri Sembilan yang diadakan selama tiga hari berakhir semalam. Kegiatan yang dijalankan ialah pameran pendidikan, hari terbuka, hari ucapan dan penyampaian hadiah, persembahan pelajar, mesyuarat agung PIBG, perjumpaan bekas pelajar dan sukaneka.

Pengetuanya, Abu Bakar Lebai Mat berkata perayaan itu bertujuan melahirkan kesyukuran di atas kejayaan sekolah dan memberi motivasi ke arah kejayaan lebih cemerlang. Di samping itu, katanya, ia dapat merapatkan hubungan sekolah dengan masyarakat dan menghargai sumbangan semua pihak dalam memajukan sekolah pada masa depan.

Daud Awang (Berita Harian, 20 July 1992)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *